top of page

30 December 2017 - Majlis Hi-tea Kelisa Murni Sdn. Bhd. 2017

​

JOHOR BAHRU : Majlis Hi-tea Kelisa Murni Sdn. Bhd. 2017 telah diadakan di Thistle Hotel Johor Bahru.

 

Semua kakitangan dan warga kerja Kelisa Murni Sdn. Bhd. hadir bersama keluarga masing-masing untuk memeriahkan majlis. Rakan kongksi perniagaan Kelisa Murni Sdn. Bhd. juga turut hadir memeriahkan majlis ini. 

Beberapa artis tempatan tanahair seperti Najwa Latif dan Joey turut dijemput memeriahkan majlis yang bertujuan untuk menghargai dan mengeratkan silaturrahim warga kerja Kelisa Murni Sdn. Bhd. dengan rakan kongsi perniagaan.

24 Mei 2017 - Majlis  Penganugerahan Kontraktor Cemerlang 2017

​

GAMBANG : Kelisa Murni Sdn. Bhd. telah sekali lagi dianugerahkan sebagai Kontraktor Cemerlang Tahun 2017.

​

Majlis ini telah diadakan di Bukit Gambang Resort City, Kuantan.

 

Anugerah ini dikurniakan diatas kecemerlangan penyiapan projek Pembinaan Kompleks Sukan Bermotor Tangkak, di Grisek, Johor. 

 

21 January 2017 - Majlis penyerahan Kompleks Sukan Bermotor Tangkak, Johor.

​

GRISEK : Majlis penyerahan Kompleks Sukan Bermotor Tangkak yang berlangsung antara KBS dan JKR ini dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan, Datuk Lokman Hakim Ali; Pengarah Kanan JKR Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Datuk Ir. Mohd. Jamal Sulaiman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed.

Kelisa Murni Sdn. Bhd. telah berjaya menyiapkan Kompleks Sukan ini mengikut jadual yang ditetapkan dengan bantuan dan kerjasama pihak JKR Daerah Tangkak.

bottom of page