top of page

30 Disember 2018 - Hari Keluarga & Majlis 

Makan Malam Tahunan 2018 

​

KUALA ROMPIN : Tirai 2018 Kelisa Murni Sdn. Bhd. ditutup dengan mengadakan Acara Hari Keluarga & Majlis Makan Malam Tahunan 2018 di Lanjut Golf Resort, Kuala Rompin, Pahang.

Hari Keluarga dan Majlis Makan Malam yang disertai oleh semua kakitangan Kelisa Murni Sdn. Bhd. berserta ahli keluarga masing-masing dimeriahkan lagi dengan majlis tazkirah oleh penceramah popular dari program TV Pencetus Ummah musim ke-3, PU Amin.

​

19 Nov 2018 - Majlis Penyerahan Projek PPR Bandar Uda Utama, Skudai, Johor kepada Jabatan Perumahan Negara.

​

JOHOR BAHRU : Majlis penyerahan projek Program Perumahan Rakyat (PPR) Bandar Uda Utama, Skudai Johor dibawah seliaan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berlangsung dengan jayanya didalam Dewan Komuniti PPR Uda Utama, Skudai, Johor.

Majlis yang dihadiri oleh Setiausaha Bahagian; En. Kamaruzaman b. Omar dan pasukan projek Bahagian Pembangunan Dan Pelaksanaan Projek KPKT, Perunding di bawah Kelisa Murni Sdn. Bhd. dan seluruh warga kerja Kelisa Murni Sdn. Bhd. telah medapat pujian dari KPKT kerana telah berjaya menyiapkan projek "REKA DAN BINA" ini didalam tempoh yang telah dijanjikan sebagaimana kontrak.

​

Projek ini mengandungi 500 unit rumah pangsa, 8 Unit Kedai, Tadika, Dewan Serbaguna dan Surau. 

15 Nov 2018 - 'Safety & Health Reward Day'

​

SEGAMAT : Unit Keselamatan & Kesihatan Kelisa Murni Sdn Bhd telah mengadakan program 'Safety & Health Reward Day' di projek Pembinaan Semula Jalan Persekutuan (FT001) di Pejabat Tapak projek FT001, Segamat, Johor.

Program yang dihadiri oleh Pengarah Projek KMSB, En. Zainal Abidin Hj. Tamin,  wakil JKR dan sebahagian besar kakitangan yang terlibat di dalam projek FT001 ini dikendalikan oleh Pegawai Keselamatan & Kesihatan KMSB, En. Ahmad Amzar b. Sulaiman.

​

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi dan menambahkan kesedaran terhadap kepentingan keselamatan semasa bekerja dan persekitaran kawasan kerja. Program diakhiri dengan memberikan penghargaan kepada pekerja yang sentiasa mengamalkan budaya keselamatan & kesihatan sebelum, semasa dan selepas bekerja.

21 Julai 2018 - Perasmian Dan Penyampaian Sijil Siap Kerja Bagi Pembinaan Sekolah Daif Fasa 1 Tahun 2018 Negeri Johor

​

SIMPANG RENGAM : YB. Dr. Maszlee Bin Malik, Menteri Pendidikan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian Dan Penyampaian Sijil Siap Kerja Bagi Pembinaan Sekolah Daif Fasa 1 Tahun 2018 Negeri Johor.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan Bin Md. Taha, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya.

​

Kelisa Murni Sdn. Bhd. telah menyiapkan 5 buah sekolah iaitu, SMK Aminuddin Baki, Johor Bahru; SK Morni Pok, Gelang Patah; SMK Sri Pulai Perdana, Skudai; SK Tmn Sri Pulai, Skudai dan SMK Sri Kukup, Pontian.

13 Julai 2018 - Sambutan Aidil Fitri 1439H 

​

JOHOR BAHRU : Majlis sambutan Aidil Fitri 1439H Tahun 2018 telah diadakan diperkarangan pejabat urusan Kelisa Murni Sdn. Bhd.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah rakan kongsi perniagaan, ahli keluarga warga kerja Kelisa Murni Sdn. Bhd., pelanggan-pelanggan dari Jabatan Kerajaan, Perunding dan sahabat handai terdekat. 

​

Seperti kebiasaan, pengurusan Kelisa Murni Sdn. Bhd. turut meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim untuk sama-sama meriahkan majlis sambutan tersebut. 

21 February 2018 - Majlis Penyerahan Projek Dan Perasmian Mahkamah Syariah Kluang, Johor.

​

KLUANG : Majlis menandatangani dokumen penyerahan dan penyerahan kunci telah diadakan diantara JKR Johor dan Mahkamah Syariah Johor. JKR Johor diwakili oleh Pengarah Kerja Raya Negeri Johor, Ir. Haji Mohamad Salleh Bin Abu Bakar manakala Mahkamah Syariah Johor diwakili oleh Ketua Hakim Syarie, Dato' Haji Amir Bin Danuri.

 

Majlis menandatangani dokumen penyerahan dan penyerahan kunci telah disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, YB Tuan Haji Abd. Mutalib Bin Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Agama Negeri Johor; Tuan Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan, Jurutera Daerah JKR Kluang; En Muhammad Hanafiah Bin Sharif dan Pengarah Kelisa Murni Sdn. Bhd. Dato' Hj. Kamarudin Bin Hj. Munasir serta wakil-wakil Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor, JKR Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor.

bottom of page